Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru......

salam semua...

Hari ini 16 mei adalah satu hari yang bersejarah bagi mereka yang bergelar pendidik...ini kerana pada pada tanggal 16 mei setiap tahun mereka diberi penghormatan sebagai mengiktiraf jasa mereka yang mendidik anak bangsa...dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru di malaysia ini...

Monday, May 11, 2009

POLITIK OH POLITIK....

Salam semua...

Setelah lama aku tak belek-belek blog aku ni hari ini tergerak hati aku nak menulis cerita pasal politik...tiap-tiap hari kita dengar cerita macam-macam pasal politik...kutuk mengutuk,caci mencaci,tuduh menuduh itu semua asam garam dalam politik... hari ini ada satu lagi kisah menarik dalam politik tanah air kita..semua orang mesti tau kan cerita pasal negeri perak...selepas pilihan raya umum lalu negeri perak telah dikusai oleh parti pembangkang dan mendapat menteri besar baru...selepas itu belum sampai setahun negeri itu telah mendapat menteri besar baru dan tak sampai 3 bulan sekali lagi telah bertukar menteri besar baru...aduhhh...pening aku...selepas ini adakah akan bertukar lagi??yang mana betul yang mana salah pun aku tak tau..yang menjadi mangsa adalah rakyat biasa seperti aku ni..masalah pemimpin-pemimpin turut mengheret rakyat masuk campur sekali...rakyat mengharapkan keamanan,kesenangan,kebahagiaan tapi lain yang mereka dapat..aku kesihan dengan rakyat negeri perak...ini semua kerana sikap sipolan sipolan yang gilakan kuasa dan takhta...rakayt pun sudah bosan dengan cerita-cerita ini..aku harapkan selepas ini kemelut politik di negeri perak ini akan berakhir dan rakyatnya dapat hidup dengan aman dan damai..
aku ni tak masuk belah pihak mana-mana pun sebab aku belum daftar sebagai pengundi lagi..hehehe..tapi aku amik tau jugak la isu-isu semasa ni..

Monday, January 26, 2009

Hari yg membosankan....

Hari ni adalah Hari Tahun Baru Cina...Gong Xie Fa Cai..hehehe...pukul 4.30 pagi aku dah bangun...nasib baik aku senang jaga pagi ni sebab semalam aku tidoq awai..pukul 10 aku dh tidoq aku ngantuk sgt sbb sebelum tu aku makan ubat selsema dan batuk..tak berapa sihat sikit... hehehe...lgpun semalam aku sorang tingal kt umah..dak2 umah aku semua dah balik kampung..maklum la cuti raya cina kan..aku je tak cuti..pagi ini aku ditugas menjaga stesen Damai..stesen yg paling best skali sbb tak ramai org...hehehe...boleh jugak aku tidoq rehat2 tukaq2 dgn partner aku tu...tp membosankan la sbb tak dak keja kan...tp disebabkan hari ni aku keja "public holiday"so gaji dibayar "triple" aku semangat jgak nk keja walaupun membosankan..hehehe...aku semangat gila nk balik awal arini sbb aku dh janji dgn dak opis aku nk pi sungei wang..tiba-tiba aku mendapat pangilan yg kurang menyeronokan dr org yg tak dikenali(sbb sy staff baru..blom kenal semua orang lg..) yg kata ada meeting pkul 4.00 nnt...perh..terus tak semngat aku..tp disebabkan arini "ot" pun dibayar "triple" so tak kisah sgt la..hehehe...pkul 6.00 baru smpai umah..balik jap je mandi semua aku kuar balik dan pi la ikut dak opis aku tu..aku teman la dia shopping...aku tak shoping pun sbb dah terlebih bajet...hehehe...so tgok jela org shopping..hahaha..jalan2 dah pukul 9.00..jadi dah selesai semua kami pun balik la...pukul 10.00 aku smpai umah...hehe...eh..ni kawan aku ajak aku kuar pg danau kota lak..diorg ni mcm tau2 je aku bosan sorg2 kat umah ni kan..kalo tak pg bosan sorang2 kat umah...baik aku pg kan...hehehe..ok lah aku nk kuar dulu eh..ada masa nnt aku cerita lg...walaupun cerita aku ni membosankan jugak...hahaha...tut..tut..

Saturday, January 17, 2009

Salam Perkenalan.......

Salam...alhamdullilah akhirnya aku dapat jugak buat blog aku sendiri...hehehe...niat aku memang dah lama nak buat blog ni tapi masa yang tak mengizinkan...ini pun disebabkan aku tak boleh tido jadi dah tak tau nak buat apa aku create la blog ini...sebenarnya malas nak buat blog baru ni maklum la nak kena isi macam nak kena isi borang minta kerja lak..hehehe..sebagai permulaan aku nak cerita sedikit tentang kisah diri aku...aku ni budak kampung yang pada mulanya datang ke KL ni semata-mata untuk sambung belajar saja...dulu aku belajar di UniKL dengan kelulusan Diploma In Multimedia...tapi sekarang ni aku dah pun "graduate" dan alhamdullilah mungkin rezeki aku disini jugak, sekarang ni aku bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan awam di KL ni iaitu RapidKL...di KL ni aku tinggal dengan kawan-kawan yang sama belajar dengan aku di UniKL dulu...tetapi kawan-kawan aku semuanya sambung "degree"...niat aku sebenarnya memang nak sambung belajar macam kawan-kawan aku jugak tetapi bila aku fikir dengan kesusahan orang tua aku di kampung untuk menyara adik- adik aku yang semuanya masih belajar lagi jadi aku batalkan niat aku ini...walaupun orang tua aku galakkan jugak aku sambung belajar lagi tetapi aku rasa biarla aku berhenti dulu kerana aku rasa dah tiba masanya aku membantu mereka untuk menyara adik2ku..insyallah kalau ada rezeki lagi nanti aku akan sambung belajar jugak...eh..dah pukul 5.30 pagi dah...jap lagi aku dah nak masuk kerja dah...aku nak tidur la kejap..hehehe..kalo ada masa lagi aku cerita lg..