Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru......

salam semua...

Hari ini 16 mei adalah satu hari yang bersejarah bagi mereka yang bergelar pendidik...ini kerana pada pada tanggal 16 mei setiap tahun mereka diberi penghormatan sebagai mengiktiraf jasa mereka yang mendidik anak bangsa...dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru di malaysia ini...

Monday, May 11, 2009

POLITIK OH POLITIK....

Salam semua...

Setelah lama aku tak belek-belek blog aku ni hari ini tergerak hati aku nak menulis cerita pasal politik...tiap-tiap hari kita dengar cerita macam-macam pasal politik...kutuk mengutuk,caci mencaci,tuduh menuduh itu semua asam garam dalam politik... hari ini ada satu lagi kisah menarik dalam politik tanah air kita..semua orang mesti tau kan cerita pasal negeri perak...selepas pilihan raya umum lalu negeri perak telah dikusai oleh parti pembangkang dan mendapat menteri besar baru...selepas itu belum sampai setahun negeri itu telah mendapat menteri besar baru dan tak sampai 3 bulan sekali lagi telah bertukar menteri besar baru...aduhhh...pening aku...selepas ini adakah akan bertukar lagi??yang mana betul yang mana salah pun aku tak tau..yang menjadi mangsa adalah rakyat biasa seperti aku ni..masalah pemimpin-pemimpin turut mengheret rakyat masuk campur sekali...rakyat mengharapkan keamanan,kesenangan,kebahagiaan tapi lain yang mereka dapat..aku kesihan dengan rakyat negeri perak...ini semua kerana sikap sipolan sipolan yang gilakan kuasa dan takhta...rakayt pun sudah bosan dengan cerita-cerita ini..aku harapkan selepas ini kemelut politik di negeri perak ini akan berakhir dan rakyatnya dapat hidup dengan aman dan damai..
aku ni tak masuk belah pihak mana-mana pun sebab aku belum daftar sebagai pengundi lagi..hehehe..tapi aku amik tau jugak la isu-isu semasa ni..